Tuesday, 25 October 2011
Manhaj Ahli AsSunnah Wal Jamaah
Manhaj Ahli AsSunnah Wal Jamaah: FITRAH YANG SUCI MENYAKSIKAN KEWUJUDAN ALLAH TANPA SEBARANG DALIL
Wednesday, 28 September 2011
Friday, 12 August 2011
PERMATA HATI SAYA
Permata Hati Saya, Ada Tujuh Semuanya :) Slideshow: Shahrina’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 9 cities Bukit Bendera, Penang (near Georgetown, Pulau Penang), Johor Bahru, Cameron Highlands, Sepang, Taman Tasik Taiping (near Taiping, Perak), Pulau Pinang (near Marang, Pinang), Bandar Baru Bangi, Selangor (near Salak Tinggi, Selangor), Padang Rengas, Kuala Kangsar (near Kuala Kangsar) and Kota Melaka (near Kampong Masjid Tanah, Melaka State) was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Kids Fun Time at Strawberry Farm (Versi Malas Edit) Slideshow: Shahrina’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Cameron Highlands was created by TripAdvisor. See another Cameron Highlands slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.
Outing Street With Kids @ Night Market at Cameron Highland Slideshow: Shahrina’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Cameron Highlands was created by TripAdvisor. See another Cameron Highlands slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.
Fiffy > "Happy Time @ Cameron Highland" Slideshow: Shahrina’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Cameron Highlands was created by TripAdvisor. See another Cameron Highlands slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Wednesday, 10 August 2011
AIR MATA
Air Mata Bahagia atau Air Mata Sia-sia (klik di sini untuk ke FB)
kpd rakan2 yg sdg sedih/kecewa dgn sesama manusia. 'Nikmati' hidup anda tanda syukur kpd Allah Taala. Usah sedih, cuma bazir emosi, tenaga & air mata. Hargai stiap saat yg Allah bagi percuma, rebut peluang dekatkn diri pada-Nya. Insya Allah, bahagia akn hadir dlm hati kita, dgn cara yg tak djangka. Hati manusia brbelah bagi sentiasa, hnya Allah yg mampu mgawal & tentukan yg trbaik utk kita. ♥ SAS ♥ Smile And Shine
KECERDIKAN SEORANG MANUSIA
Akal merupakan nikmat Allah yang tidak ternilai harganya. Dengan akal, manusia menjadikan ianya sebagai panduan dalam melayari hidup di atas muka bumi dan dengannya juga iman, agama dan akhlak manusia akan menjadi sempurna. Begitu banyak hadis yang menyatakan tidak sempurna akhlak, budi pekerti dan iman seseorang tanpa sempurna akalnya.
Sabda Nabi s.a.w:
"Tidak sempurna kebaikan budi seseorang sebelum sempurna akalnya. Ketika itu barulah sempurna imannya. Ketika itu juga ia mampu mentaati Allah dan melawan godaan iblis dan syaitan." (Riwayat Ibnu Mahbar dari 'Amr bin Syu'ib)
Ovum-Ovum
Secara biologinya, proses kejadian manusia tiada bezanya dengan binatang. Benih sperma dari air mani bergerak untuk mensenyawakan ovum. Dari banyak-banyak sperma itu, hanya satu sahaja yang akan berjaya menembusi ovum dan mensenyawakannya (sperma itulah anda).
Dari situ terbentuklah satu sel baru yang akan membahagi kepada dua, empat dan seterusnya sehiggalah menjadi gumpalan sel yang dinamakan embrio. Dari segumpal darah ini terbentuk pula daging dan seterusnya tulang. Kemudian tulang itu dibalut pula dengan daging sebelum terjadinya makhluk bernama manusia.
Namun, di sebalik dijadikan dari air mani yang hina, Allah menganugerahkan manusia dengan akal fikiran, justeru mengangkat manusia di kedudukan yang mulia. Namun begitu, fakta ini hanyalah benar jika akal tersebut digunakan untuk mencari keimanan, menolong agama Allah dan membentuk akhlak yang mulia.
Bagi manusia yang gagal menggunakan akal untuk merenung ciptaan Tuhan dan seterusnya mengabdikan diri kepada Allah, sesungguhnya mereka lebih hina daripada binatang. Logiknya kerana binatang selaku makhluk Allah yang tidak mempunyai akal tidak berpeluang untuk berfikir dan memilih jalan, tidak seperti mana manusia yang mempunyai pilihan untuk memilih jalan kebaikan dengan menggunakan akal.
Firman Allah:
"Dan sesungguhnya Kami isikan dalam neraka jahanam itu sebahagian dari golongan jin dan manusia. Mereka terdiri dari golongan yang mempunyai hati tetapi tidak mahu menghayati ayat-ayat Allah. Mereka mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat tanda-tanda kekuasaan Allah. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ayat dan nasihat Allah. Mereka tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Merekalah orang yang lalai." (Surah al-A'raf:179)
Kecerdikan - Adakah Diukur Dengan IQ?
Dalam islam, kecerdikan tidak di ukur dengan dengan kelulusan yang dimiliki atau keputusan ujian IQ yang diperolehi. Jika itu ukurannya, maka mengapa masih ada orang yang bijak pandai tetapi terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan? Tetapi Islam mendefinasikan kecerdikan seseorang dari segi sejauh mana dia berusaha menyelamatkan diri dari kerosakan hidup di dunia, justeru beroleh kebahagian di akhirat.
Sabda Rasulullah:
"Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati." (Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya.)
Dalam sabda di atas Nabi tidak menyatakan orang yang cerdik adalah orang yang kaya, ataupun berpangkat besar, mempunyai banyak ijazah tetapi sebaliknya dengan perkataan yang mudah; iaitu mereka yang selalu mengingati mati.
Kenapa?
Jawapannya mudah.
Orang yang selalu mengingat mati tahu sesudah kematiannya dia akan melalui alam lain yang semestinya berbeza dengan apa yang dilaluinya di dunia ini. Jika di dunia dia disanjung dan dihormati kenalan-kenalan, kaya raya dan mampu memiliki apa yang dihajatinya, tetapi di alam itu semuanya itu sudah tidak berguna lagi.
Apa yang dimilikinya di dunia tidak dapat menolongnya ketika berhadapan dengan malaikat-malaikat yang sedia menyoalnya atas apa yang dilakukan di dunia. Yang dibawanya hanyalah amalan-amalan mulia yang dilakukan sepanjang perjalanan hidupnya di dunia.
Hanya selepas beberapa langkah ahli keluarganya pulang dari perkuburan, malaikat-malaikat mula datang untuk menjalankan perintah Allah. Jika amalannya baik, maka terlepaslah ia dari seksaan dahsyat kubur tetapi jika dia gagal menggunakan peluang hidup di dunia untuk mentaati Allah, maka alam kubur akan menjadi permulaan kepada seksaan.
Ya, permulaan kerana di neraka nanti banyak lagi pembalasan yang akan diterimanya.
Jadi orang yang selalu mengingati mati akan sentiasa muhasabah dengan apa yang dilakukannya dan berusaha untuk mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah. Dia akan sentiasa melakukan kebaikan kerana dia tahu apa yang dilakukannya akan dibalas kelak oleh Allah s.w.t.
Begitulah rationalnya hadis tersebut. Sesungguhnya, mengingati mati adalah satu motivasi.
Melakukan apa yang diperintah Allah lantaran selalu mengingati mati bukan sahaja dianggap cerdik oleh Nabi s.a.w tetapi juga menambahkan akal.
Sabda Nabi kepada Abu Darda:
"Tambahlah akalmu, nescaya hampirlah kamu kepada Allah." Abu Darda' bertanya, "Demi ibu dan bapaku, bagaimana caranya aku mendapatnya?" Jawab Nabi s.a.w, "Jauhilah larangan-larangan Allah dan tunaikanlah kewajiban-kewajiban sepertimana yang difardhukan-Nya, nescaya kamu akan menjadi orang yang berakal." (Riwayat At-Tirmizi)
Jadi, gunakanlah akal semaksimum yang mungkin dalam usaha mencapai bukan sahaja kebahagiaan tetapi juga keselamatan di dunia dan akhirat. Keselamatan di dunia bermakna ketenangan jiwa, kebahagian dan redha dengan apa yang dilaluinya dan keselamatan akhirat ialah terlepas dari seksaan api neraka, dapat melalui titian sirat dengan selamat serta dapat merasai nikmat syurga.
Tetapi harus diingat penggunaan akal perlu dibimbing oleh agama. Penggunaan akal sahaja tanpa bimbingan al-Quran dan hadis boleh sahaja menyesatkan seseorang. Lihat sahaja Albert Eistein, orang yang paling bijak di dunia dan Stephen Hawking, manusia cacat yang dikatakan manusia paling bijak selepas Eistein, kedua-duanya menolak untuk bertuhan (atheist) walaupun pernah mengaku akan kewujudan Tuhan melalui kajian sains yang dijalankan mereka.
Mungkin kerana angkuh akan kehebatan akal mereka dalam mempelopori bidang sains.
Tetapi jadilah seperti penceramah terkenal US, Sheikh Yusuf Estate dan Prof Dr. Muhammad Al-Mahdi yang pada usia muda mereka merupakan aithest tetapi memeluk islam setelah melakukan kajian yang terperinci dan melihat kekuasaan Allah melalui Al-Quran. Mereka ini adalah golongan-golongan yang telah memanfaatkan sepenuhnya penggunaan akal fikiran.
Sekadar renungan untuk diri sendiri dan anda semua.
http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1275-di-mana-letaknya-kecerdikan.html
PICTORIAL JOURNEY TO HOLY CITY
(Sila OFF kan dulu bunyi di PlayList kat sebelah kanan ni....saya tak tau camana nak stopkan automatik....nanti ganggu muzik kat dalam video ni pulak...)
SPIRITUAL JOURNEY HOLY CITIES, MADINAH & MAKKAH, NEVER ENDING STORIES, EVER LASTING MEMORIES
SPIRITUAL JOURNEY HOLY CITIES, MADINAH & MAKKAH, NEVER ENDING STORIES, EVER LASTING MEMORIES
Holy City, Never Ending Story, Ever Lasting Memories Slideshow: Shahrina’s trip from Bangi, Selangor, Malaysia to Mecca, Saudi Arabia was created by TripAdvisor. See another Mecca slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.
Journey of Love at Safa And Marwa Slideshow: Shahrina’s trip from Bangi, Selangor, Malaysia to Mecca, Saudi Arabia was created by TripAdvisor. See another Mecca slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Masjid Nabawi, Madinah Slideshow: Shahrina’s trip from Bangi, Selangor, Malaysia to Medina, Saudi Arabia was created by TripAdvisor. See another Medina slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.
BEZA PENILAIAN MANUSIA, DENGAN PENILAIAN ALLAH TAALA
Manusia lihat luaran semata-mata. Miskin kaya hanya di RM saja. Tapi, Allah sedikit pun tidak mengira bentuk rupa, banyak sikitnya harta. Allah menilai hitam putih hati manusia, serta apa amalan kebajikan yg dilakukan kita. Tanpa hirau bagaimana keadaan, sempurna atau cacat jasad kita. Miskin harta tak semesti kaya dosa, kaya harta mungkin juga muflis pahala. Moga kita menjadi insan yang bersih jiwa & bahagia sentiasa.
10 Ogos | 10 Ramadhan | 5.15am.Link FB, Klik di sini
10 Ogos | 10 Ramadhan | 5.15am.Link FB, Klik di sini
Subscribe to:
Posts (Atom)