To read, please click here
To hear, please click here
إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ ۩
Sahih International
Only those believe in Our verses who, when they are reminded by them, fall down in prostration and exalt [Allah] with praise of their Lord, and they are not arrogant.
Malay
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.
KELEBIHAN MENGAMALKAN AL MA'THURAT
Keseluruhan Surah Al A'raf klik di sini
وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ
Sahih International
And remember your Lord within yourself in humility and in fear without being apparent in speech - in the mornings and the evenings. And do not be among the heedless.
Malay
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai..
Rasulullah S.A.W. sentiasa berzikir dan berdoa. Antara waktu yang paling kerap zikir dan doa Rasulullah S.A.W. adalah pada waktu pagi dan petang. Mathurat ini adalah himpunan zikir dan doa yang disusun oleh Imam Hassan al-Banna. Beliau menyusun daripada banyak hadis Rasulullah S.A.W. di dalam kitab-kitab sunan yang diamalkan oleh Rasulullah dan kelebihan-kelebihan beramal dengannya lalu menjadikannya bacaan seragam untuk jemaah Ikhwan Muslimin.
Antara kelebihan Ma'thurat adalah:
- Terpelihara daripada gangguan syaitan daripada pagi hingga petang dan dari petang hingga pagi berikutnya.
- Terpelihara daripada bahaya dan perkara-perkara yang tidak dingini.
- Segera mendapat apa yang dicita-citanya.
- Pahala seperti membaca sebahagian besar al-Quran.
- Keperluannya dicukupkan oleh Allah.
- Layak mendapat syafaat pada hari kiamat dan banyak lagi.
Imam Hasan al-Banna adalah pendakwah, reformis dan pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin. Pada usia 12 tahun, beliau sudah menghafal al-Quran. Beliau menyertai kumpulah Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi di sekolah. Beliau juga menghadiri majlis-majlis zikir pimpinan al-Ikhwan al-Hasafiyyah. Pada usia 23 tahun, beliau menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Hasil kegigihan beliau, gerakan dakwah beliau mendapat sambutan di Mesir dan di setiap pelusuk negara-negara Islam. Bimbang dengan pengaruhnya yang semakin kuat, Hasan al-Banna ditembak mati oleh seorang pembunuh lalu menghembuskan nafas pada 12 Februari 1949..
Sila klik Buku Ma'thurat untuk mendapatkan yang bercetak.
Tambahan: Hukum wanita dalam haid membaca al Qur'an
Tambahan: Hukum wanita dalam haid membaca al Qur'an